Cerita LadiesPurple
Si LadiesPurple

Nyan Cat

Status ; hye si cantik dan si hensem...dtg la selalu yer...

get this widget here
Mereka Terhebat

↔ si Pemilik BLog
↔ Orang TErsayang
↔ Kawan Blog
↔ Back to post.


google



Sembang-sembang Sini



Older Post | Newer Post
mari bace dan happy2 bersama nur...
Wednesday, January 11, 2012 | 12:00 AM | 4 comments


ASALAMUALAIKUM

hye incik2/puan/readers2/akak2/makcik2/pakcik semua...sihar ke you alls..hehehe..aduish..mengada je bunyi yer...

entry saje2 untuk pagi ni...korang baca la..harap-harap terhibur..ok..


Seorang guru tadika sedang memupuk rasa percaya diri kepada pelajarnya-pelajarnya. Guru tersebut meminta mereka untuk memperkenalkan diri sekaligus memberitahu tentang cita-cita mereka. Abu berdiri dan berkata,
"Nama saya Abu bin Dolah. Bila besar nanti saya ingin jadi juruterbang, jadi bolehlah saya pergi ke Australia, Eropah, Iraq dan sebagainya".
"Bagus Abu. Terima kasih. Siapa lagi?", tanya cikgu.
Seorang pelajar perempuan yang duduk di tepi berdiri dan berkata,
"Nama saya Noni binti Samad. Kalau besar nanti, Noni nak jadi suri rumah tangga dan mempunyai anak-anak yang comel".
"Bagus. Jadi suri rumah tangga merupakan cita-cita yang mulia. Siapa lagi?".
Seman berdiri dan berkata,
"Saya Seman bin Leman, bila besar nanti saya bercita-cita untuk membantu Noni mencapai cita-citanya...".

___________________________________________________________________

Pak Pandir penternak itik yang berjaya. Hasil pendapatannya yang pertama Pak Pandir membeli sebuah motorsikal. Apabila Pak Pandir menunggang motorsikal tersebut dia hanya menggunakan gear satu. Perlahan dengan gear satu, laju dengan gear satu, naik bukit dengan gear satu. Akhirnya kerana hairan, seorang temannya Pak Kadok pun menegur,
"Oi... Pandir, gunalah gear dua, tiga atau empat."
Pak Pandir menjawab, "biar berjimat, habiskan dulu satu persatu."
Sampai di lampu merah semua kenderaan berhenti, termasuk Pak Pandir. Namun ketika lampu telah hijau dia masih terus berdiri. Dari hijau ke kuning, merah kemudian hijau lagi, dia masih belum menjalankan motornya.
Akhirnya datang polis, "Hei... kenapa belum jalan?"
"Belum ada warna lampu yang saya sukai Encik," jawabnya.
Setelah setahun, usahanya makin maju. Kemudian Pak Pandir memutuskan untuk membeli kereta. Sampai di lampu merah Pak Pandir kembali berhenti, namun pintu dibuka dan kakinya diturunkan sebelah. Melihat tingkahnya polis terus menghampiri.
"Kenapa kaki awak diturunkan sebelah, Pak Pandir?" tanya polis. "Aduh... lupa la Encik. Saya biasa naik motorsikal."

____________________________________________________________________
Mamat ini amatlah tergila-gilakan Minah anak Pak Haji Dollah. Minah tersebut bolehlah tahan cunnya. Mamat ini pun tak kalah kacaknya.
Ngorat punya ngorat, tersangkutlah dua hati ini. Pak Haji Dollah bukanlah jenis yang memilih sangat orangnya, tambahan pulak si Mamat ini pandai berlakon depan Pak Haji Dollah. Dia bukan main warak lagi, berkopiah di kepala.
Selepas ditetapkan hari kahwinnya, maka semuanya berjalan dengan lancar. Malam itu agak lewat sedikit keluarga Haji Dollah masuk tidur kerana sibuk berkemas rumah selepas kenduri siangnya. Pasangan Mamat dan Minah pun lewat jugalah masuk tidur.
Agak terganggulah juga kemanisan malam pertamanya itu. Selepas semuanya selesai dan semuanya nyenyak tidur, Pak Haji Dollah mengejutkan semua isi rumah untuk solat subuh. Semua isi rumah pun bangun dan si Mamat dan Minah pun bangun mandi dan bersiap untuk mendirikan solat subuh. Tapi dek kerana lewat bangun, maklumlah malam pertama, Si Mamat tak sempat bersolat jemaah dengan Pak Haji Dollah.
Walaupun telah dikejutkan awal oleh isterinya Minah, dia asyik berbaring dek kerana penat, membetulkan urat-urat yang lenguh semalam. Maka, Pak Haji Dollah pun suruhlah menantunya itu solat sendirian ketika ahli keluarga lainnya sedang berwirid.
Si Mamat pun qamat dan dirikanlah solat subuhnya. Selepas selesai solatnya dan memberi salam, Pak Haji Dollah pun menegur menantunya Si Mamat tadi,
"Hai, Mat... kenapa solat subuh tiga rakaat?"
lantas Si Mamat jawab, "Eh, ya ke tiga rakaat? Rasa-rasanya dah cukup empat rakaat tadi." "Masya Allah..," mengucap panjang Pak Haji Dollah.'
Si Minah tersenyum sipu malu dengan gelagat suaminya. Rupanya si Mamat ini tak pernah sembahyang Subuh. Dia tak tahu yang solat subuh tu dua rakaat.

____________________________________________________________________

Satu hari kecoh Pak Pandir panggil wartawan datang kerumah dia.Bila wartawan2 sampai mereka pun bertanya ada apa yang menarik ni pandir. Pak Pandir pun kata..tenguk ni..aku tanam pokok rambutan tapi tumbuh pokok ubi kayu..hehehe. Waaa pelik ni Pak Pandir..cuba cerita kat kami... 5 bulan dulu aku ada tanam pokok rambutan kat sini..aku ingat lagi sebab aku ada tandakanya kat sini... dengan apa Pak Pandir tandakan?tanya wartawan.... dengan batang ubi kayu, jawab Pak Pandir.

____________________________________________________________________
Kepada perokok2..apa yg korg rasa bila terjadi situasi begini?
Kat 7 eleven Lelaki : Hai kak long, rokok ad?
Cashier gurl : Ada,nak rokok apa?
Lelaki : Winst0n merah ad x? Cashier gurl : habis..
Lelaki : emm..bg dunhill merah jela..
Cashier gurl : ada,nak perisa apa?
Lelaki : hah?dah ad perisa?perisa apa?
Cashier gurl : ada..perisa paru-paru,ker0ngk0ng,bibir,kaki n perisa bayi pun ada..nak yg mana? (Sambil menunjukkan gambar pada kotak rokok tor~sobut)