Cerita LadiesPurple
Si LadiesPurple

Nyan Cat

Status ; hye si cantik dan si hensem...dtg la selalu yer...

get this widget here
Mereka Terhebat

↔ si Pemilik BLog
↔ Orang TErsayang
↔ Kawan Blog
↔ Back to post.


google



Sembang-sembang Sini



Older Post | Newer Post
cerpen: pengalaman kehidupan
Saturday, December 31, 2011 | 5:02 AM | 2 comments

firman allah swt dalam ayat al-baqarah ayat 216 ''boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, allah mengetahui sesuatu sedangkan kamu tidak mengetahuinya''

benar manusia tidak mengetahui apa-apa melainkan allah. bentak hatiku..''jika dulu aku dengar kata ibu.mungkin sekarang aku sudah bahagia''monolog didalam hati...

suasana sepi tanpa bicara cuma kedengaran kipas berbunyi.jam sekarang menandakan pukul 2 pagi..tapi mata masih belum mahu tertutup.terasa sangat terkilan apabila mesej di handphone dibaca berulang-rulang kali.

za,abang minta maaf.
abang xboleh teruskan hubungan kita.
hati abang dah terpaut pada tijah.
maafkan abang sekali lagi

mungkin itu juga mesej terakhir ku terima.lalu bikas aku bangun.ku kuak pintu bilik air.hati ni tersa sangat sakit.cuma wuduk dapat menenangkan hati.mudah-mudahan..

''za.kau tak tidur lagi ke??'' kasih datang menerpa di depan pintu. ''wush,terkejut aku.kenapa koaupakai bedak sejuk malam2 ni.kalu aku pengsan tadi tak ke naya''

''keh.keh.soalan aku kau tak jawab pun'' lalu dia menarik tangan aku.dia tahu ada sesuatu bermain difikiran ku. kami menuju ke sofa empuk di ruang tamu.

''terus terang dengan aku za.aku perasan ko sejak dua menjak ni dah lain sangat.ada perkara ke ko nak cerita dekat aku'' habis saja soalan yang terpancur dari mulut kasih.air mata aku terus berlenang.segala yang terbuku dalam hati tidak dapat disembunyikan.

dalam sedu aku menjawab''sob..sob. aku atk sangka dia curang belakang aku.ternyata benar apa ibu cakap selama ni pasal dia'' aku memeluk kasih.terasa begitu sunyi pagi itu.

''dah la za.xpayah nak ingat semua tu.ko kena bangun.kesian dekat mak ayah kau kat kampung tu.diorang nak kau balik dengan segulung ijazah.kalu kau macam ni..macam mana nak lulus periksa??.pergi tidur la.takkan nak suh aku dodoi kau kot.'' aku ketawa melihat wajah kasihyang kebudak-budakkan itu..sungguh dia pandai mengambil hati.

____________________________________________________________________




semua orang terdiam mendengar leteran cik nida.cik nida mengangkat kertas lalu mencampak ke arah aku.
''za,awak ambik kertas asigment awak ni..saya xkan terima.awak betul2 buat saya hampa.sebelum ni awak xmacam ni pun.dah keluar!
ketika itu semua pandangan kawan-kawan terpaku melihat wajah sungul za.kedengaran mereka bercakap-cakap di belakang.

''kasih,kau kawan baik za kan.kau tahu ke kenapa dia jadi macam tu?''kamal bangun dan membetulkan kerusi di tepi kasih.
''kau ni busy body betul la..dah.aku takkan cakap dengan kau.dah pergi tempat kau balik.'' kasih menolak badan kamal dan tidak disengajakan dia terjatuh.semua mata tetumpu pada kamal.

'kasih, sampai hati mu menolak kekanda.kanda xkan halalkan ilmu yang kanda ajar.wargh'
kamal berlari-lari keluar dari dewan kuliah dengan tangan yang lemah gemalai.

aku yang terpandang dari luar turut tergelak melihat gelagatnya.siapa sangka lelaki itu yang dulu gagah sudah jadi lembut begitu.itu semua penangan bila dialam universiti .sentiasa perlu berwaspada untuk memilih teman.jika silap sedikit, diri yang akan merana termasuk aku yang tersalah pilih teman hidup. asyraf. ya lelaki itu seniorku.kami sudah berkawan lebih dari 2 tahun.sejak dia menamatkan pelajaran,hubungan kami terjejas hingga aku terima pesanan ringkas darinya.

''ah, buat apa aku ingat lagi padanya''.nur lalu bangun membaca asigment yang di campak cik nida tadi..'aku buat salah apa sampai dia campak macam ni''monolog dalam hati..

''ya allah.patut la dia marah.sepatutnya aku hantar semalam.dia dah la macam singa betina''




____________________________________________________________________



sebulan kemudian

tuk....tuk...kedengaran bunyi pintu di ketuk.

''zara.buka pintu kejap'' suara kasih kedengaran dari bilik air
''ish,yela''terkumat kamit mulut zara.kedengaran bunyi tapak kaki yang dihentak-hentak.

''za,ni si tijah nak jumpa kau'' zara menghempas badan di atas tilam.
''nak apa lagi si tijah tu.dah,cakap dekat dia.aku xnak jumpa dia pun.''tanpa disedari tijah berada dibelakang pintu.

'za,aku tahu aku salah dengan kau.maafkan aku.maafkan aku''dia mengesat air mata berkali-kali.

''kau nak apa lagi tijah??tak puas hati lagi ke??''

''aku dah terima hukumannya za.aku xsangka asyraf macam tu.dia pergunakan aku.dia cuma ambil kesempatan pada aku''

''ya allah.betul ke macam tu.tijah,aku tak pernah berdoa kau akan ditimpa begitu.aku pun tak sangka asyraf macam tu.

itu kali terakhir aku lihat zara.aku bersyukur pada allah kerana dia memberi petunjuk kepada aku.setiap kali asyraf ingin keluar berdua.aku menolak,walaupun dia sering menunjukkan perasaan kurang senang apabila kasih menemani setiap pertemuan kami.rupanya dia adalah lelaki begitu.



___________________________________________________________________



sayup2 kedengaran cengkerik dimalam hari. tingkap kayu rumah bergerak-gerak di bawa angin.
kedengaran air menitik disingki rumah.

''mal.kau kenapa balik pulak ni.mesti ada sebab.kalau tak nak tunggu raya pun susah nak balik.tu kereta sapa pulak kau bawak balik??kau curi ke mal''suara mak mah kedengaran dari dapur.

mal mendegus''ish,mak ni ada ke patut kata mal curi.selama mal tak balik ni.mal cari rezeki yang halal.mal dah janji dengan mak dan abah.mal nak ubah kehidupan kita sekeluarga.sekarang mal dah berjaya.mal balik ni sebab mal nak mak pinangkan za untuk mal.mal dah lama suka dekat dia dari zaman sekolah lagi.boleh tak mak'' bicara akmal tanpa henti sambil memandang ke luar rumah.

''sapa za??anak makcik siti kau tu ke.kalau budak tu mak setuju sangat la.mak pun bekenan dekat dia.nanti mak tanya kan.''balas mak mah

akmal tersenyum sipu di atas kerusi usang.''mak,esok kita beli perabut baru ye.mal nak tukar semua dalam rumah ni'' akmal menepuk-nepuk kerusi yang sudah diikat dengan tali rapia itu.

pagi-pagi lagi mak mah dah bersiap.tidak sabar dia hendak membeli barang-barang keperluan.
akmal mempunyai agenda yang lain.dia mahu membawa emaknya membeli cincin merisik sebenarnya.pandai dia menyembunyikan agenda sebenar.

''patut la kau beria nak ajak aku ye mal.dah tak sabar-sabar dah nak berbini kau ni.aku tak tanya lagi kat mak cik siti kau.mana la nak tahu za tu dah da orang lain''mak mah menepuk bahu akmal

''ala mak,beli je.kalu dia tak mahu.mak pinangkan la orang lain'' balas akmal sambil menjeling-jeling orang disekeliling kedai emas.dia takut terlihat kelibat kawan-kawan lamanya.

kring,kring..

''hello ibu.asalamualaikum.kenapa ibu kol za ni.ibu sihat??adik-adik pula''
''ibu sihat.ibu ada hal penting nak tanya dengan kau ni''
''tanya apa ibu?jangan buat za suspen la ibu''seram sejuk tangan za
''kau dengan asyraf lagi ke??''
''hubungan kami dah lama berakhir ibu.sekarang za mahu tumpukan pada pelajaran sahaja''
''bagus la macam tu.ibu nak kau balik minggu ni .ada benda ibu mahu bincangkan dengan kau''
.....

za memadamkan talian.dia mengelamun memikirkan agenda sebenarnya ibu..bisik didalam hatinya''ibu ni kenapa tanya-tanya aku macam tu.ada-ada saja la dia ni''



____________________________________________________________________

perjalanan yang dulu singkat terasa begitu lama sekali.perasaan bercelaru memikirkan kenapa ibunya beria mahu dia pulang ke kampung.sampai sahaja di stesyen bas.kelibat ibu dan ayah masih tidak kelihatan.cuma terlihat seorang lelaki melambai-lambai ke arahnya

''asalamualaikum za.jom saya hantar awak pulang.''suara lelaki itu penah didengari.tapi za masih belum kenal siapa pemiliknya

''walaikumsalam.maaf,saya tak kenal awak lah.'' za bangun dah menjauhi lelaki itu.

''saya abang mal lah za.makcik siti yang suruh saya jemput za.ayah za ada kerja perlu dibuat''

'abang mal.sapa ye.oh.baru saya ingat.tak pela.za boleh balik naik teksi''

''jangan la macam tu.jom la.abang bawak adik abang sekali.itu dalam kereta''tangan akmal menunjuk ke arah kereta.ternyata ada seorang budak didalam kereta tersebut.

keadaan didalam kereta cuma sunyi sepi tanpa bicara.sesekali kedengaran suara si kecil dari belakang.

''akak-akak,akak cantik la.patut abang suka dekat akak.besar nanti tirah nak pakai tudung labuh macam akak.nanti tirah dapat lelaki baik macam abang jugak''

''tirah,diam boleh.jangan usik akak za'' akmal menunjukkan tangan tanda menyuruh adiknya dia

za cuma senyap tanpa bicara.dia cuma berfikir maksud tirah tadi.namun mulutnya tidak mampu bersuara.

sampai sahaja di rumah.za mengucapkan terima kasih dan terus masuk ke dalam bilik.akmal terpinga-pinga.didalam hati dia mengomel. 'terima kasih je.bukan nak ajak minum air ke.'

''ha,akmal.masuk lah.minum air dulu''mak cik siti mempelawa akmal
''tak pelah makcik.saya ada keja lain nak buat ni.lain kali ye''..



____________________________________________________________________



za menyiapkan makan malam.mereka makan bersama.begitu berselera semua.mungkin sudah lama tidak rasa masakan za.

sambil mulut penuh dengan makanan.mak cik siti bersuara ''za.mak nak bagitahu kau sesuatu.mak harap kau setuju dengan pilihan mak dan abah''

za berhenti dari mengunyah ''apa dia mak??''

''3 hari lepas.mak cik mah kau datang rumah,dia bawak rombongan untuk merisik kau. untuk anak dia si akmal.kau setuju tak''

''biar za pikir dulu ye mak.nanti za cakap'' sambil mula makan makanan tadi.

''cepat ye.tapi sebelum tu.kau buat la solat istiqarah.mana tahu dia yang kau nampak nanti.mak suka dia jadi menantu mak.baik budaknya.boleh jadi pemimpin keluarga macam ayah kau juga.


selepas selesai makan.za mengemas meja makan dan terus masuk ke bilik sambil memikirkan perkara tersebut.dia tidak sangka akmal yang dulu budak nakal disekolah dan suka mengusik dia sekarang sudah berjaya dengan bisness.
jam di dinding sudah menunjukkan ke pukul 4 pagi.za bangun untuk mengambil wuduk.

'ya allah.sekiranya lelaki itu yang terbaik buatku.kau permudahkan lah urusan hambamu ini.sesungguhnya hanya pada engkau aku memohon petunjuk.amin ya robal alamin.

za terlelap ditikar sejadah.



____________________________________________________________________



''mak,za setuju terima dia.''bicara za sambil tersenyum manis.

''alhamdulilah.mak tahu kamu akan buat keputusan terbaik untuk hidupmu''mak cik siti memeluk za sambil mengucapkan syukur kepada allah.

tet-tet...za membelek handphone nya

terima kasih za.terima kasih sudi terima abang.
abang janji.abang akan jaga za sebaiknya.
kita bina kehidupan kita,
insyallah perhubungan yang diredhoi allah
sampai ke syurga.

Allah S.W.T berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.”(An-Nur’:26).

p/s: cerita cerpen ini.hanya rekaan semata-mata tiada kena mengena antara yang hidup atau yang sudah meningal dunia.dan tidak dicopy dari sesiapa.tak percaya cari la kalau ada.hee

nur tag
semua yang baca.sapa nak join boleh tekan banner ye.